Tentang Penulis

sobrimansor


Salam sejahtera.....

Nama diberi Ahmad Sobri Mansor. Di dunia maya ini khususnya dalam dunia blogging ni, aku lebih dikenali dengan panggilan Sobri Mansor. Kalau nak mudah lagi boleh panggil dengan nama pena SM. 

Banyak asam garam yang aku tempuh selama aku berada dalam arena blog ni. Dari rakan-rakan blogger mengenali aku dengan menggunakan domain sobrimansor.com sehingga aku bertukar kepada domain sobrimansor.net, Usia domain sobrimansor.com tidak bertahan lama cuma 4 tahun. Atas sebab masalah teknikal yang aku pun pening untuk selesaikan waktu itu, aku terpaksa melupakan selama-lamanya

Kini aku mengambil keputusan untuk bertukar dari platform wordpress kepada platform blogger. Ketika pages ini ditulis, aku dalam proses menukar nama domain aku dari syarikat hosting lain kepada sempoihosting.com. Jadi proses seterusnya adalah untuk pointkan nama domain kepada platform blogger ini. Pada aku "small the pieces". hehehe

Buat masa sekarang, pengalaman aku dalam arena blogging ni tidak sekuat mana. Aku memegang cita-cita untuk menjadi salah seorang blogger yang disegani ramai.Aku berdoa semoga impian aku ini menjadi kenyataan suatu hari nanti.

Harapan aku agar semua rakan-rakan blogger dapat memberi tunjuk ajar, teguran dan pandangan bernas untuk aku terus maju dalam berblog. Insyaallah, setiap jejak yang ditinggalkan di blog ini, aku akan balas dengan kunjungan mesra aku.

Sekian. 

2 comments:

  1. Kenapa tukar platform dr wordpress ke blogger..
    wordpress bukan lebih baik dan bagus ke..

    ReplyDelete
    Replies
    1. Memang wordpress terbaekkk... Tapi sebab nak beralih angin. hehehe... Angin tidak selalunya ke satu arah. kan... kan... kan...

      Delete