Sunday, April 9, 2017

Greenfit Produk Mesra Jamban


Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tidak menulis di blog ini. Sebabnya saya banyak menulis di profail peribadi mukabuku saya. Sampaikan saya abaikan sekejap blog ini yang banyak memberi inspirasi dan dorongan untuk saya terus menulis. Jangan risau, saya masih aktif menulis di media sosial.

Untuk pengetahuan anda semua yang tiba-tiba terbaca post saya ini, saya sebenarnya sedang giat meningkatkan "Brand Awareness" untuk produk yang saya pasarkan. Jangan salah faham, produk ini bukan saya yang punya dan saya bukan owner produk. Saya sebagai pengedar sah sahaja.

Nama produk ini dipanggil Greenfit. Yaaa.... Greenfit aje nama dia. Ayat Produk Mesra Jamban yang saya tambah tu cuma sebagai daya penarik sahaja. Sebagai tanda yang Greenfit ini sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan membuang air besar. Yaaa... tak pelik zaman sekarang ni kalau ada orang yang tidak boleh membuang air besar.

Kenapa saya pilih untuk memasarkan Greenfit?

Terus terang saya katakan, SEMBELIT tidak dialami oleh semua orang. Segelintir sahaja. SEMBELIT bukan satu penyakit tetapi gejala yang berpunca daripada kurangnya melakukan aktiviti, mengandung serta faktor usia. SEMBELIT adalah berkait rapat dengan usus dan kolon kita. Jika usus dan kolon kita tidak diberi zat yang menguatkan organ usus dan kolon, sudah pasti masalah SEMBELIT berpanjangan.

Tidak membuang air besar setiap hari mampu buatkan seseorang itu tidak selesa dengan keadaan diri sendiri. Perut kejap ok, kejap sakit. Nak membuang tidak juga boleh. Jenuh perut diurut-urut. belakang pinggang ditekan-tekan. Disapu minyak angin bagai. Tapi masih tidak mampu membuang. Cuba buat carian di Google cara atasi SEMBELIT. Rebus herba itu ini. Minum. Rasa kelat bercampur pahit. Tapi masih juga tidak boleh membuang. Masalah trafik jammed dalam kolon tak juga selesai.

Jadi, dengan GREENFIT ni, tidak perlu susah payah untuk sediakan. Cuma perlu bancuh dengan air masak serta goncang sahaja. Shaker comel cute diberikan PERCUMA. Goncang bancuhan Greenfit dalam 2 ke 3 minit, kemudian terus minum. Sebelum tidur. Satu paket sahaja sehari.

Betulkah lepas minum Greenfit ni boleh terus membuang?

Saya tidak menjanjikan apa-apa pasal Greenfit ni. Jaminan untuk anda yang mengalami SEMBELIT, minum Greenfit satu sachet malam ini, dan esok dapat membuang, tidak tidak berani bagi jaminan. Sebab ini adalah berkaitan dengan badan anda. Ada yang saya pernah jumpa, dah nak habis sekotak Greenfit, cuma tinggal sachet terakhir, baru sampai wahyu untuk membuang dengan puas.

Dan lagi...

Ada yang minum Greenfit malam ini, pukul 3 pagi terpaksa bangun berlari ke tandas nak membuang. Nanti pukul 4 bangun lagi nak membuang. Lain orang lain kesannya. Tapi tidaklah memberi kesan melampau sampai cirit-birit. Cuma anda akan rasa nak membuang. Itu je.

Halal ke Greenfit ni?

Semestinya HALALAN TOYYIBAH la. Sebab kandungan ramuan dalam Greenfit ni bebas dari segala unsur-unsur haiwan. Memang telah mendapat sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya takkan pasarkan Greenfit ini kalau tidak mendapat pengiktirafan HALAL dari mana-mana badan yang diamanahkan.

Bagaimana nak dapatkan Greenfit ni?

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Greenfit. Apa yang anda nak tanya pasal produk yang mesra jamban ni, anda boleh tanya. Saya cuba jawab selengkapnya. Boleh pergi ke link dibawah untuk terus Whatsapp dengan saya:

http://tanyagreenfit.wasap.my

Tak perlu taip apa-apa dah. Anda tekan terus butang send. hehehe

Ok. Harap bermanfaat info ini ye.
Previous Post
Next Post

post written by:

Saya merupakan seorang Blogger Tepian sahaja. Tukang Cerita dekat Blog. Pengamal sosial media Facebook, Instagram dan Whatsapp. Sering menimba ilmu tentang cara-cara pemasaran di media sosial. 

6 comments:

  1. wahh..terbaik. agak2 bole kurus x ? hhe

    ReplyDelete
    Replies
    1. Kururs tu satu bonus. Yang penting SEMBELIT dan BUASIR hilang. Setakat ni yang pernah minum Greenfit ni, dapat turunkan berat badan la. Perut boroi boleh jadi slim.

      Delete
  2. Sekarang ni saya amalkan Glenx Tea. Tiap pagi lepas bangun tidur mesti akan ke tandas. Sangat melegakan perut.

    ReplyDelete
  3. ayat produk mesra jamban memang power..

    saya tertarik la pulak nak baca..

    ReplyDelete
  4. rupanya produk anti sembelit. hihi

    ReplyDelete
  5. Ini memang terbaik kalau nak kurus. Yalah sekarang ni zaman sibuk.. kadang2 nak bersenam pun dah tak bertenaga sibuk dengan kerja kat pejabat.

    Kena ambil alternatif lain seperti greenfit ni untuk kekalkan tubuh badan menawan..

    ReplyDelete