Tuesday, February 21, 2017

Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak yang sedap meleleh

Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak Sedap Meleleh
sumber gambar dari blog Nasi Lemak Lover


Waktu awal-awal pagi selepas selesai menyiapkan kerja-kerja rumah, saya akan duduk sebentar di hadapan TV. Cuba buka cerita yang menarik untuk santapan otak kanan dan kiri ini. Entah kenapa saya otak kanan saya terlintas membayangkan nasi lemak. Bila saya sudah bayangkan nasi lemak, saya terus bayangkan sambal tumis dia yang merah menyala sedap tu.

Orang tua saya pernah bagitau, Nasi Lemak kalau nak tau sedap atau tidak, kuncinyan adalah pada sedapnya sambal tumis nasi lemak itu sendiri. Anggapan saya memang benar. Berpuluh kedai yang saya pergi, jarang sekali saya jumpa nasi lemak yang betul-betul menyelerakan. Suapan pertama sudah gagal sebab sambal tumis terlalu pedas. Ada pula, sambal tumisnya hitam legam sebab dicampur dengan ikan bilis kualiti rendah.

Saya bukan jenis yang cerewet bab makanan. Janji dapat mengenyangkan perut saya, itu sudah memadai. Tetapi tidak adil juga kalau harga yang kita bayar kepada penjual nasi lemak yang menyediakan makanan kategori "ALA KADAR JANJI MASYUKK". Memang kena tempias kepada penjual nasi lemak yang lain pulun mencari menu masakan nasi lemak yang sedap meleleh.


Masa saya sekolah menengah, dan waktu itu arwah mak saya tidak berapa sihat, sayalah yang menjadi tangan dan lidah beliau. Arahan emak untuk memasak semuanya dari atas katil. Saya yang di dapur yang tunggang terbalik memasak. hahaha. Jadi kalau orang tanya saya pandai memasak atau tidak, saya tak segan silu menjawab yang saya memang pandai memasak. Sebab Allah dah bagi ilmu melalui arwah emak kepada saya dahulu.

Jadi saya tak mahu anda buang masa baca cerita saya mula-mula belajar memasak. Saya berikan pandangan saya Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak yang sedap meleleh. Saya rasa mungkin ramai yang orang kita taknak fikir dan buat-buat tak tau. Sedangkan ini adalah kunci yang sesebuah gerai sarapan pagi sibuk tak cukup tangan bila pelanggan beratur panjang.

1. Pemilihan cili kering untuk dikisar

Rata-rata orang melayu kita semberono je beli cili kering yang dah siap terjual di pasaraya. Padahal, cili kering yang dijual itu ada jenis dan kualiti tersendiri. Saya dan suri memang peminat sambal tumis. Cili kering yang dijual biasanya ada 2 kategori, kategori pedas dan kurang pedas. Kita sebagai pembeli boleh kenal mana satu cili kering yang pedas atau tidak. Petua nak kenal cili keras kurang pedas, cili kering tu nak macam berkerinting-kerinting seakan-akan kecut semacam. Berbeza dengan cili kering pedas. Saya guna bahasa kampung dalam entri ini.

2. Peranan air asam jawa dan belacan

Air asam jawa memang memberi kadar kesedapan juga dalam memasak sambal tumis. Saya biasa campur air asam jawa setelah cili pecah minyak dan sudah benar-benar masak. Boleh juga tambah sedikit belacan.

3. Masak sambal tumis mengikut aturan.

Ada sesetengah orang, perkara pertama yang dibuat dahulu untuk memasak sambal tumik nasi lemak adalah masak dahulu cili kisar. Kemudian, baru dimasukkan bawang putih dan bawang merah. Pendapat saya, bawang putih dan bawang merah memainkan peranan juga. Bagi naik bau aroma bawang. Kemudian baru masukkan cili kisar. Cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam. Jika dah secukup rasa, masukkan bawang besar diakhir.

Nak campurkan ikan bilis pun boleh juga dalam sambal tumis. Saya biar asingkan sambal tumis dan ikan bilis. Bila di dalam pinggan, baru dikahwinkan ikan bilis bersama sambal tumis.

Itulah serba sedikit pendapat saya dalam bab makanan ni. Suri saya amat teliti dalam bab memasak sambal tumis ni. Sebab kami memang suka. Buat sambal tumis cicah dengan cucur udang pun sedap juga. kan... kan....

Kalau anda yang membaca entri ini seorang peminat sambal tumis nasi lemak, boleh cuba apa yang saya ceritakan. Saya dah londehkan petua yang arwah emak saya jerit dari atas katil ketika saya bertungkus lumus didapur memasak. hehehe.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan bayangkan keadaan dapur sewaktu saya memasak tau. Hanya suri hati saya sahaja yang mengenal manikamnya.....


Previous Post
Next Post

post written by:

Saya merupakan seorang Blogger Tepian sahaja. Tukang Cerita dekat Blog. Pengamal sosial media Facebook, Instagram dan Whatsapp. Sering menimba ilmu tentang cara-cara pemasaran di media sosial. 

2 comments:

  1. Saya kalau nasi lemak memang kegemaran lah lagi-lagi kalau yang tumis nya sedap

    ReplyDelete
  2. Wah, petua turun temurun dari emak ye Sobri?

    ReplyDelete