Sunday, January 1, 2017

Taman Saujana Hijau lokasi menarik dilawati di Putrajaya

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Bismillah....

Entri pertama di tahun baru 2017. 
Nak baca entri terakhir saya di tahun 2016, KLIK SINI
Semoga entri saya ini dapat mewarakan lokasi paling cantik yang masih ramai umat Putrajaya tidak tahu akan keindahan taman ini. Saya yang diajak oleh isteri untuk bersiar-siar diwaktu pagi pun rasa terpegun dengan keindahan dan kecantikan lokasi riadah yang satu-satunya ada di dalam Putrajaya.

Firasat saya, Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya sama seperti taman-taman lain yang ada di Malaysia. Salah rupanya. Sewaktu saya mula masuk sahaja ke perkarangan tempat letak kereta, sudah nampak suasana seperti berada di luar negara. Dengan kehijauan pokok yang saya tidak pasti nama saintifik. Sanggup saya minta pertolongan dari isteri tersayang untuk menjadi model selama seminit. Sebab terpegun dengan keindahan. Ditambah pula dengan cuaca waktu pagi. Membuatkan saya rasa benar-benar berada di luar negara.

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Apa yang ada di Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya?

Kalau orang sebut sahaja Putrajaya, mesti terbayang dengan keindahan bunga-bunga, kehijauan pokok-pokok serta persekitaran yang bersih sejuk mata memandang. Itulah sebenarnya trademark Putrajaya, bandar botani. Tapi jika anda mula menapak masuk ke Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya ini, Anda umpama berada paling lekeh di Cameron Highland. Itupun jika tahap berangan anda itu pada paras 20%. Mula saya menapak masuk, saya rasakan seperti berada di tepi gunung macam dalam pengambaran cerita Dilwale. Bukan saya omong kosong.

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Disini disediakan trek untuk jogging, sambil bersiar-siar menikmati udara nyaman berada di atas bukit. Dapat melihat pemandangan alam dan keluasan bandar Putrajaya. Hajat saya hari ini adalah untuk jogging setelah sekian lama tidak keluarkan peluh. Tapi itulah, lebih kepada sesi ambil gambar sahaja. Keinginan jogging saya tu saya tolak hidup-hidup. 

Jika anda mahu merasai nikmat berjogging, Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya tempat sesuai untuk anda beriadah sambil menikmati kandungan udara Oksigen yang berkualiti. Trek sejauh 4KM tersedia untuk anda uji tahap stamina anda. Saya cuma bertahan berlari-lari anak sejauh 900m sahaja. Kemudian tertunduk tercungap-cungap. Sebab stamina saya sudah kelaut. Isteri saya lagilah saya tabik. Peluh berjurai walaupun hanya berjalan lenggang mak limah sahaja. 😆😆😆

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya pada saya tidak sesuai untuk anda berpicnic, bentang tikar dan menikmati makanan yang anda bawa dari rumah. Sebaik-baiknya jika anda datang kesini, buatlah aktiviti riadah untuk keluarkan peluh. Anda boleh bawa keluarga dan berbasikal, berjalan dan bersiar dengan anak kecil. Cuba untuk sedut udara nyaman disini. 

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Kalau nak bergambar kenangan, boleh habiskan kandungan storan telefon pintar anda disini. Saya pasti ramai yang akan berselfie bersama rakan-rakan, anak isteri serta keluarga tersayang. Berselfie berlatar belakangkan pokok pine yang tumbuh menghijau disini. Ada satu tempat di puncak bukit, disediakan kerusi batu untuk anda berehat. Tapi saya ambil peluang gunakan kerusi batu ini untuk lokasi pengambaran saya dan isteri. Sebagai sesi pengambaran bersama di awal tahun 2017 ini.

Taman Saujana Hijau Presint 11 Putrajaya

Di penghujung trek, anda akan dapat lihat satu papan tanda biru. Beritahu bahawa Taman Saujana Hijau ini adalah diurus selia oleh Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya. Saya sebagai golongan dan pengguna marhain ini mengucapkan tahniah tidak terhingga kepada organisasi Perbadanan Putrajaya kerana berjaya mennyediakan fasiliti paling menarik kepada warga Putrajay dan sekitarnya. Satu kejayaan paling besar buat Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya atas usaha dan cekal anda semua mengindahkan Putrajaya sebagai satu Taman yang wajib dilawati selepas ini.

Jabatan Landskap dan Taman Perbadanan Putrajaya



Semoga perkongsian saya di tahun 2017 ini dapat memberi info berguna kepada anda semua. Boleh rancang masa anda bersama keluarga untuk cuba datang ke sini. Tiada bayaran untuk masuk. PERCUMA sahaja. Lokasi untuk meletakkan kenderaan, pada saya anda pandai-pandai cari agar tidak kena tarik dengan Penguatkuasa Perbadanan Putrajaya. 😁😁😁😁

Sekian.

Previous Post
Next Post

post written by:

Saya merupakan seorang Blogger Tepian sahaja. Tukang Cerita dekat Blog. Pengamal sosial media Facebook, Instagram dan Whatsapp. Sering menimba ilmu tentang cara-cara pemasaran di media sosial. 

6 comments:

  1. kat putrajaya memang macam2 tempat menarik, tapi jauh la dari gombak

    ReplyDelete
  2. Haha ada juga pergi kl pastu balik singah putra jaya , tapi tempat ini je belum pernah singah lagi

    ReplyDelete