Saturday, January 21, 2017

Buat Duit sebagai Pemandu Grabcar Malaysia

Buat Duit sebagai Pemandu Grabcar Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Buat duit sebagai pemandu Grabcar Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum sedar atau tahu tentang Grabcar. Dahulunya lebih dikenali dengan nama MyTeksi. Aplikasi tempahan teksi paling efisyen di Malaysia diawal tahun 2016. Saya sempat menggunakan aplikasi MyTeksi sekali sahaja. Itupun waktu tu saya buat tempahan untuk adik ipar saya yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Saya merupakan seorang Pemandu Uber dan dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pemandu Grabcar. 

Uishhhhhh..... Boleh ke Abang Uber bertukar jadi Abang Grabcar? Tidak menyalahi undang-undang ke?

hmmmmm.... Soalan yang bagus untuk saya kongsikan dalam entri ini. Saya yang bertanya bagi pihak anda, saya juga yang menjawab bagi pihak anda juga. Saya ceritakan habis-habisan dalam ni ye. Anda nak kongsikan apa yang saya tulis ini kepada orang lain, itu terpulang kepada anda. Janji, saya sampaikan apa yang perlu sebagai maklumat tambahan untuk anda semua. Chill

Sebenarnya

Tidak mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun untuk daftar 2 aplikasi berbeza dalam satu masa. Sama seperti saya, saya mendaftar sebagai Pemandu UBER seawalnya kerana merasakan UBER adalah lebih mendatangkan lebih manfaat kepada pemandunya. Itu pada awal UBER beroperasi. Terlalu mudah untuk setiap pemandu UBER menerima insentif tambahan dari setiap trip yang selesai.

Nak baca entri saya dapat komisen dari UBER? Klik Sini

Macam biasa, itu adalah marketing strategy. Permulaan untuk tarik pengguna aplikasi UBER untuk bertukar baju kepada Pemandu UBER. Dijanjikan insentif mengikut jam. Saya dah lakukan dan memang berbaloi. Boleh balik awal seawal 5 petang. Cuma buat trip paling dekat. Sekitar Cyberjaya sahaja. Boleh cecah 150 sehari. Itu secara tunai dan tidak termasuk bayaran secara penolakan dari kad kredit.

Saya cerita ni tahun lepas tau...

Antara bulan Julai dan Ogos 2016, UBER sudah tidak menawarkan insentif kepada pemandunya. Cuma fokus kepada SURGING dengan minima 1.1x dikawasan yang mempunyai banyak permintaan (demand). Buat pemandu yang fokus kepada kejar insentif, terus merudum pendapatan dari UBER. Terpaksa kerja kuat untuk dapatkan income yang sama seperti sebelumnya. Keluar awal pagi, pulang sesudah maghrib. Pemandu UBER baru pun semakin hari semakin bertambah. Demand pun Sedang-sedang aje. Kalau yang buat UBER sepenuh masa, garu kepala sudahnya.

Alhamdulillah saya terkecuali sebab saya ada alternatif lain.... hehehehe

Berbeza dengan Grabcar. Grabcar masih lagi menawarkan insentif kepada setiap pemandu yang bersungguh-sungguh selesaikan setiap trip. Orang kata, insentif yang diberikan itu sebagai bonus. Tunai dari pelanggan pun dapat, Insentif dari pihak Grabcar pun dapat. 2 sumber yang sama tapi berbeza. Sudah ramai pemandu UBER yang berhijrah menjadi Pemandu Grabcar. Alasan, Grabcar lebih mesra melayan kerenah pemandu.

Pada saya, alang-alang nak buat duit dengan kereta peribadi anda, daftar sahaja kedua-dua aplikasi UBER dan GRABCAR. Jika anda bosan dengan memandu UBER, anda boleh bertukar kepada pemandu Grabcar. Tapi kena tahu serba sedikit tentang cara nak dapatkan income besar dengan hanya membuat perjalanan yang sikit. Badan pun tak letih dan kereta kita pun boleh jimat penggunaan petrol. 

Nak bermula sebagai pemandu UBER tidak memerlukan modal selain belanja petrol sahaja. Kalau anda ada wang saku cuma lepas untuk belanja petrol, jangan risau. Anda boleh mula memandu tanpa wang saku. hehehe. Saya bermula memandu UBER dengan modal petrol RM20 sahaja. Bila pelanggan buat bayaran kepada saya, saya seawalnya memohon maaf dan beritahu yang saya tidak sediakan wang tukar. Janji mereka faham situasi anda. 

Berbeza dengan Grabcar, anda perlu buat tambah nilai ke dalam ewallet akaun Grabcar terlebih dahulu. Minima RM10. Grabcar akan berikan RM30 percuma untuk anda mulakan perjalanan mengambil penumpang. Daripada RM30, anda cuma boleh gunakan RM15 sahaja. RM15 baki sebagai jumlah baki minimum sebagai syarat.

Itu sahaja serba sedikit penerangan saya tentang permulaan untuk menjadi seorang pemandu Grabcar Malaysia. Salah satu pesaing terhebat buat UBER. 

Sekarang ni, sudah ada satu lagi aplikasi lain yang menjadi pesaing UBER dan GRABCAR. Dipanggil Delicab. Aplikasi dari Malaysia. Saya anggap aplikasi ini HYBRID. Gabungan antara UBER dan GRABCAR. Masih baru lagi. Permintaan pun sekarang sudah boleh tahan. Saya tak cuba lagi. Cuma dalam fasa mendengar cerita dahulu. 

Jika nak menimba pengalaman dengan saya untuk menjadi pemandu GRABCAR dan berkongsi tips-tips tepian saya, boleh terus Whatsapp saya di nombor di bawah. Insyaallah saya cuba beri tunjuk ajar dan kongsi info berguna untuk menjana pendapatan sebagai pemandu Grabcar dan juga UBER. 

Memandu Grabcar ni, tak sama seperti anda memandu UBER. Ada trik dan tips yang boleh kita amalkan untuk kurangkan perjalanan tapi memberi pendapatan yang mampu memuaskan hati. Boleh jimat tenaga dan penggunaan petrol.

Sekian perkongsian saya kali ini. Berjumpa lagi.
Previous Post
Next Post

post written by:

Saya merupakan seorang Blogger Tepian sahaja. Tukang Cerita dekat Blog. Pengamal sosial media Facebook, Instagram dan Whatsapp. Sering menimba ilmu tentang cara-cara pemasaran di media sosial. 

11 comments:

  1. guna perkhidmatan uber atau grab car memang lebih mudah dan menjimatkan

    ReplyDelete
  2. semakin mendapat tempat ni sekarang..yg bestnya harga fix..tak macam uber hihi tapi dua2 pun ada kelebihan dan kekurangannya

    ReplyDelete
  3. saya nak save no ni mana tau incase perlukan grabcar dah tau siapa yg dipercayai ;)

    ReplyDelete
  4. seronok ke kerja sebagai pemandu tuan..

    seronok atau tak seronok terpaksa redah je kan

    ReplyDelete
  5. kalau bandar, kira ok la.

    kalau kat johor ni, tak semua tempat dia cover.

    ReplyDelete
  6. OOO.. abang dah keja bawak keta sendiri ke? semoga berjaya bro. Buat part time ke full time ni?

    ReplyDelete
  7. Dulu saya asyik tertanya tentanf uber dan grabcar, ingatkan sama.. Rupanya ada beza antara kedua2 ni..

    Terima kasih atas penjelasan. Baru sekarang saya faham :)

    ReplyDelete
  8. Apa no tuan..? Mahu minta ajar tips

    ReplyDelete
  9. Boleh saya tahu no tel encik? Saya nk tahu kebih lanjut ttg grabcar

    ReplyDelete
  10. Boleh saya tahu no tel encik? Saya nk tahu kebih lanjut ttg grabcar

    ReplyDelete