Monday, April 17, 2017

5 Sebab Utama Punca Sembelit

Assalamualaikum dan salam sejahtera...

Selama saya berniaga secara atas talian ni dengan buat promosi Produk Mesra Jamban ni di media sosial, banyak yang saya belajar dari masalah-masalah pelanggan saya. Jadi saya kongsikan rumusan hasil dari pertanyaan saya kepada pelanggan yang pernah amalkan minum Greenfit.

Boleh baca lanjut tentang produk Greenfit disini

5 Sebab Utama Punca Sembelit

1) Kurang aktiviti bersenam

Kebanyakan dari kita bila sudah meningkat umur, sudah berkahwin dan mempunyai cahayamata, kita dah ada sikit sifat malas untuk bersenam. Itu tidak dinafikan. Saya pun sama. Adakala saya abaikan diri saya sendiri untuk melakukan aktiviti senaman ringan. Bangun pagi, terus capai tuala dan mandi. Sedangkan amalan orang tuan-tua zaman dulu, bila bangun dari tidur, terus buat aktiviti regangan. Bengkokkan badan, lipat lengan, macam-macam lagi senaman regangan. Dah keluar peluh, baru masuk ke bilik air untu mandi dan bersolat.

Amalan kesihatan yang sepatutnya untuk membolehkan usus bertindakbalas setelah semalaman berehat adalah apabila selepas bangun dari tidur, terus sahaja minum segelas air kosong. Ini membantu organ usus kembali beroperasi seterusnya organ pembuangan seperti pundi kencing.

Bila aktiviti senaman semakin kurang, ianya akan memberi kesan kepada organ dalaman kita. Paling kita nampak kesannya adalah berat dan susuk tubuh badan semakin bertambah. Badan semakin berisi. Perut semakin membuncit. Nampak kan.

2) Postur waktu membuang yang salah

Dulu bila saya duduk dikampung, saya paling tidak gemar bila masuk ke dalam jamban. Sebab terpaksa mencangkung. Alasannya, nanti kaki cepat penat dan cepat kebas. Tapi sebenarnya postur mencangkung adalah postur paling bagus dalam membuang. Mungkin anda sudah banyak menemui artikel tentang kedudukan postur mencangkung sewaktu membuang. Berbeza dengan kedudukan duduk di dalam tandas yang menyediakan tandas duduk.

Jadi, nak ubah kembali kepada kedudukan mencangkung sewaktu membuang, takkan kita nak robohkan tandas duduk yang sedia ada. Ada alat yang perlu anda beli untuk membolehkan anda dalam postur mencangkung di tandas duduk. Boleh buat carian di Google untuk keterangan lanjut.

3) Kurang makan buahan-buahan yang tinggi serat

Buah betik, Pisang adalah 2 jenis buah buahan yang tinggi serat. Biasalah, bila hidup di bandar ni, semua benda kena beli. Buah tempatan pun kena beli di kedai runcit atau pasaraya. Bila dah melibatkan duit ni, alamatnya memang takde la kita nak membeli buah betik dan pisang ni hari-hari. Melainkan kalau duduk di kampung. Nak buah betik, petik aje dekat tepi rumah. Nak buah Pisang, tebang aje pisang dekat kebun. Setandan bawak balik. Sampai muntah makan pisang.

4) Postur duduk yang terlalu lama

Kita kerja setiap hari, banyak duduk dari berdiri. Bergerak ke sana kemari. Ada penghawa dingin lagi. Duduk berjam-jam depan komputer menaip kerja itu ini. Langsung kita tidak sedar yang kita dalam postur duduk lebih dari sejam. Sepatutnya kena bergerak lepas duduk terlalu lama.

Tulang Pinggul manusia perlukan pergerakan untuk membolehkan organ kolon bergerak aktif menggerak dan menyingkirkan najis ke saluran pembuangan najis. Kalau kita kurang bergerak, bagaimana bahan buangan nak bergerak lancar.

5) Mengamalkan pemakanan tidak seimbang

Kita orang Malaysia ni, bedal aje semua jenis makanan. Janji kenyang. Nafsu makan melampau mampu menjejaskan kesihatan kita. Bila dah makan melebihi had yang diperlukan badan, berat badan bertambah.Tulang badan dah tak mampu untuk tampung berat otot badan yang semakin membesar. Akibatnya, usus tak boleh nak berfungsi dengan lebih efisien. Jadilah golongan Obesiti. Bila makan, kita ambil banyak, tapi bila nak membuang, sikit aja yang keluar. Secho'et bak kata orang Kedah.

Buat anda yang sudah berusaha keras untuk pulihkan kembali masalah SEMBELIT yang tidak kunjung tiba selesainya, apa kata saya cadangkan anda guna Greenfit - Produk Mesra Jamban. Bagus untuk anda yang ada masalah seperti di bawah ni:

  • SEMBELIT
  • BUASIR
  • OBESITI
  • PERUT BUNCIT / PERUT BOROI
  • IBU SELEPAS BERSALIN YANG ADA SEMBELIT



Anda minum Greenfit, Insyaallah masalah SEMBELIT yang anda alami selesai. Sebab Greenfit ni memang tinggi khasiat fiber. Kandungan fiber ini akan merangsang organ usus dan kolon untuk singkirkan najis dari kolon anda tanpa perlu dipaksa.


Pengalaman pelanggan yang sudah mencuba Greenfit, rata-rata mengatakan yang selepas minum Greenfit, pembuangan mereka lancar. Perut pun rasa selesa. Ditambah pula dengan rasa Greenfit yang sedap. Tidak ada rasa loya bila minum. Ibarat kata, kita sedang menikmati Jus Epal yang dicampur dengan ais.

Jika anda mengalami salah satu masalah di atas, boleh hubungi saya terus. Saya berikan pautan untuk hubungi saya cara untuk buat tempahan produk Greenfit ni. Anda bebas untuk bertanya sebarang soalan tentang produk Greenfit ni. Saya sedia menjawab.

Saya faham. Sebelum membeli, mesti kita nak tanya tentang produk, cara guna, kesannya kepada badan dan juga harga. Saya cuba jawab segala pertanyaan anda sebaik mungkin. Janji anda puas hati dengan apa yang saya berikan kepada anda.

Ini link untuk terus menghubungi saya --> http://tanyagreenfit.wasap.my

Sekian dulu ulasan saya tentang 5 Sebab Utama Punca Sembelit.

Sekian. Jumpa lagi.

Sunday, April 9, 2017

Greenfit Produk Mesra Jamban

Assalamualaikum dan salam sejahtera,

Dah lama saya tidak menulis di blog ini. Sebabnya saya banyak menulis di profail peribadi mukabuku saya. Sampaikan saya abaikan sekejap blog ini yang banyak memberi inspirasi dan dorongan untuk saya terus menulis. Jangan risau, saya masih aktif menulis di media sosial.

Untuk pengetahuan anda semua yang tiba-tiba terbaca post saya ini, saya sebenarnya sedang giat meningkatkan "Brand Awareness" untuk produk yang saya pasarkan. Jangan salah faham, produk ini bukan saya yang punya dan saya bukan owner produk. Saya sebagai pengedar sah sahaja.

Nama produk ini dipanggil Greenfit. Yaaa.... Greenfit aje nama dia. Ayat Produk Mesra Jamban yang saya tambah tu cuma sebagai daya penarik sahaja. Sebagai tanda yang Greenfit ini sesuai untuk mereka yang ada masalah dengan membuang air besar. Yaaa... tak pelik zaman sekarang ni kalau ada orang yang tidak boleh membuang air besar.

Kenapa saya pilih untuk memasarkan Greenfit?

Terus terang saya katakan, SEMBELIT tidak dialami oleh semua orang. Segelintir sahaja. SEMBELIT bukan satu penyakit tetapi gejala yang berpunca daripada kurangnya melakukan aktiviti, mengandung serta faktor usia. SEMBELIT adalah berkait rapat dengan usus dan kolon kita. Jika usus dan kolon kita tidak diberi zat yang menguatkan organ usus dan kolon, sudah pasti masalah SEMBELIT berpanjangan.

Tidak membuang air besar setiap hari mampu buatkan seseorang itu tidak selesa dengan keadaan diri sendiri. Perut kejap ok, kejap sakit. Nak membuang tidak juga boleh. Jenuh perut diurut-urut. belakang pinggang ditekan-tekan. Disapu minyak angin bagai. Tapi masih tidak mampu membuang. Cuba buat carian di Google cara atasi SEMBELIT. Rebus herba itu ini. Minum. Rasa kelat bercampur pahit. Tapi masih juga tidak boleh membuang. Masalah trafik jammed dalam kolon tak juga selesai.

Jadi, dengan GREENFIT ni, tidak perlu susah payah untuk sediakan. Cuma perlu bancuh dengan air masak serta goncang sahaja. Shaker comel cute diberikan PERCUMA. Goncang bancuhan Greenfit dalam 2 ke 3 minit, kemudian terus minum. Sebelum tidur. Satu paket sahaja sehari.

Betulkah lepas minum Greenfit ni boleh terus membuang?

Saya tidak menjanjikan apa-apa pasal Greenfit ni. Jaminan untuk anda yang mengalami SEMBELIT, minum Greenfit satu sachet malam ini, dan esok dapat membuang, tidak tidak berani bagi jaminan. Sebab ini adalah berkaitan dengan badan anda. Ada yang saya pernah jumpa, dah nak habis sekotak Greenfit, cuma tinggal sachet terakhir, baru sampai wahyu untuk membuang dengan puas.

Dan lagi...

Ada yang minum Greenfit malam ini, pukul 3 pagi terpaksa bangun berlari ke tandas nak membuang. Nanti pukul 4 bangun lagi nak membuang. Lain orang lain kesannya. Tapi tidaklah memberi kesan melampau sampai cirit-birit. Cuma anda akan rasa nak membuang. Itu je.

Halal ke Greenfit ni?

Semestinya HALALAN TOYYIBAH la. Sebab kandungan ramuan dalam Greenfit ni bebas dari segala unsur-unsur haiwan. Memang telah mendapat sijil HALAL dari Jabatan Kemajuan Islam Malaysia (JAKIM). Saya takkan pasarkan Greenfit ini kalau tidak mendapat pengiktirafan HALAL dari mana-mana badan yang diamanahkan.

Bagaimana nak dapatkan Greenfit ni?

Anda boleh hubungi saya untuk dapatkan Greenfit. Apa yang anda nak tanya pasal produk yang mesra jamban ni, anda boleh tanya. Saya cuba jawab selengkapnya. Boleh pergi ke link dibawah untuk terus Whatsapp dengan saya:

http://tanyagreenfit.wasap.my

Tak perlu taip apa-apa dah. Anda tekan terus butang send. hehehe

Ok. Harap bermanfaat info ini ye.

Sunday, March 26, 2017

Kerjaya pertama saya selepas bergelar mahasiswa

Bismillah....

Sedikit saya ceritakan tentang sejarah permulaan kerjaya saya selepas bergelar siswazah.

Selepas tamat pengajian dari UPM, saya memang mengimpikan satu kerjaya yang setimpal dan setaraf dengan apa yang saya belajar. Memang menjadi idaman setiap mahasiswa. Nak cari kerja, kena cari kerja yang sama dengan kita belajar dalam dewan kuliah. Kalau akauntan, mesti nak cari kerja akauntan, kalau bidang kejuruteraan, kena cari kerja dalam bidang kejuruteraan.

Untuk pengetahuan jugak, Puan suri saya juga dari universiti yang sama, kolej kediaman yang sama, cuma bilik yang berbeza. kih...kih... (Trivago curi idea dari saya, acah mat labon)



Selesai sahaja jawab soalan kertas akhir peperiksaan, saya keluar sahaja dari dewan. Terus termenung tepi dinding. Memikirkan hala tuju untuk mencari kerjaya. Waktu itu, bidang Sains Komputer dan Teknologi Maklumat seperti cendawan tumbuh. Mana-mana syarikat besar memang dahagakan pekerja dalam dua bidang ni. Saya yang baru tamat peperiksaan dan belum peroleh transkrip, kena melawan bersama dengan abang-abang senior lain yang masih mencari kerja.

Resume kendiri saya, jangan ditanya berapa banyak saya sediakan. Setiap kali saya keluar, pasti berpakaian kemas ala-ala nak menghadiri temuduga. Terpaksa bohong sunat dengan kawan sebilik. Konon ada temuduga yang nak dihadiri. Padahal, saya cuma nak hantar resume saya seberapa banyak yang boleh disetiap pejabat yang bakal saya terjah nanti.

2 minggu lebih jugak saya kemurungan. Sebab tiada kerja. Syarikat yang memanggil untuk temuduga, jangan harap. Resume sikit punya bagus saya buat. Kulit keras. Muka depan cetakan warna. Tapi masih sendu tanpa lagu. Last-last saya buntu bercampur sugul.

Kebetulan, waktu saya dalam kemurungan tiada pekerjaan, saya berselisih dengan seorang makcik tukang cuci di kolej kediaman saya. Makcik Mah. Baik makcik ni. Kecil je orangnya. Tapi baik hati. Selalu saya jadi peneman bersembang jika makcik Mah ni beristirehat di meja bulat. Saja saya ringankan mulut ini bertanya kot-kot ada jawatan kosong majikan Makcik Mah bekerja. Bersusah payah Makcik Mah menelefon penyelia beliau meminta tolong carikan saya kerja.

Allah nak tolong saya waktu tu, Penyelia Makcik Mah nama Encik Arman waktu itu nak berpindah tempat kerja ke tapak projek lain. Jadi saya ada peluang untuk isi kekosongan sebagai jawatan Penyelia projek. Alhamdulillah, syukur saya waktu itu. Tak perlu hadir temuduga dah. Cuma saya berikan resume serta salinan sijil yang berkaitan. Encik Arman datang kutip sijil-sijil saya, hantar ke pejabat di Sungai Merab Luar. 2 hari selepas itu, saya terus mulakan kerja sebagai penyelia pembersihan.


Saya bermula dari kosong tentang ilmu kerja mencuci. Tidak diberikan latihan khusus. Saya ikut apa yang team saya buat setiap hari. Waktu itu, saya ada 5 orang tukang cuci. 3 perempuan dan 2 lelaki. Makcik Mah adalah salah seorang dari team cuci saya. Saya belajar banyak benda. Cara mop lantai, penggunaan bahan kimia untuk mencuci, buat jadual kerja harian, bulanan dan tahunan.

Kawan-kawan satu kolej saya semua terkejut sebab saya sentiasa berada di kolej. Sikit pun saya tidak malu dan segan dengan rakan sekolej lebih-lebih lagi budak perempuan. Semua pandang saya semacam. Seperti tidak patut saya melakukan kerja sebagai team pencuci bangunan. Biarlah, saya mencari rezeki halal. Walaupun gaji permulaan saya waktu itu cuma RM450 kasar. Janji pengalaman kerja yang saya dapat lebih penting.

Apa pengajaran yang saya cuba sampaikan dalam ni?

Tidak kisah kita di dalam bidang apa pun sewaktu kita bergelar mahasiswa, usahlah tanamkan dalam hati untuk memilih kerja yang sama bidang sewaktu kita belajar dulu. Kita kena keluar dari kepompong untuk terus maju berjaya. Saya ambil masa selama 2 tahun untuk saya dapatkan kerjaya sama bidang sewaktu belajar. Jadi, jangan mengalah awal. Kerja sahaja bidang yang ada. Tidak kira, pembuat roti ka, penebar pizza ka, operator pengeluaran ka, janji cari pengalaman kerja dulu.

Sambil-sambil kita kerja dalam bidang yang kita nampak tak sesuai dengan diri dan impian kita, cuba cari kerjaya yang lebih menjamin masa depan kita sendiri. Mana tahu dengan pengalaman kita selama beberapa bulan menimba pengalaman dengan kerjaya pertama, mungkin kita diterima mengambil tanggungjawab dan diterima bekerja.
Tapi kalau rasa tak nak makan gaji lepas keluar dari universiti dan merancang untuk memulakan perniagaan sendiri, mulakan cepat-cepat. Jangan tunggu dapat kerja baru nak berniaga. Modal berniaga simpan sikit-sikit dari duit pinjaman PTPTN. Jangan buat modal beli smartphone mahal pulak, macam Iphone ke. Itu yang bila tengah semester dah start makan MAGGI.


Sunday, February 26, 2017

Tonton 11 Video Marketing untuk newbie belajar buat duit online

Salam sejahtera.

Buat anda peniaga online macam saya yang sekejap on, sekejap off, bacalah entri ini sampai habis. Mana tahu pembacaan anda sehingga ke titisan huruf yang terakhir akan mengubah perspektif dan cara anda berniaga secara online selepas ini.

Semua orang yang berniaga online dan terlibat dengan FB Ads kenal akan gelaran Sifu FB Ads, Tuan Jamal. Kalau anda tidak kenal, sila ketuk ketampi 100 kali depan laptop anda sekarang. Sebab anda tidak cukup orientasi bab bisnes online ni gara-gara anda tidak kenal dengan cikgu yang banyak ilmu dengan online marketing ni.

Buat kesekian berapa kali, saya kurang pasti dan tidak ingat, hehehe. Dulu CIkgu Jamal Sifu FB Ads pernah buat juga. Jadi kali ini, Cikgu Jamal Sifu FB Ads sedang bermurah hati untuk memberikan 11 Video Percuma untuk anda semua tonton.

Sekali lagi saya bagitau.......

11 Video Marketing PERCUMA untuk newbie belajar buat duit online

Saya pun turut terjebak sama ambil peluang dapatkan 11 Video Marketing PERCUMA ni. Untuk tingkatkan lagi ilmu dalam Marketing secara online dan belajar buat duit online ni. Pada saya, kalau seorang yang berpengalaman dalam online marketing ni offer PERCUMA, tidak salah kalau kita ambil peluang. Jangan kita sangka yang kita sudah buat duit ribu-ribu hasil dari pendapatan online kita, offer percuma sebegini pun kita tak mahu ambil peluang untuk dapatkan.

Pengalaman saya berniaga secara online ni tidaklah sebagus mana seperti orang lain. Orang kata, bolehlah untuk tampung duit bil utiliti peribadi saya. Pendapatan dari blog pun cukup-cukup makan. Sebab saya tidak fokus kepada marketing dan berniaga online. Saya lebih fokus kepada berkongsi info dan beri panduan kepada pembaca.

Jadi dengan adanya 11 Video Marketing PERCUMA untuk newbie belajar buat duit online ni, bolehlah saya dalamkan ilmu tentang marketing dan buat duit online ni.

Apa yang Sifu Jamal akan ajar dalam 11 Video Marketing PERCUMA untuk newbie belajar buat duit online ni:


  • Cara pemilihan produk yang betul untuk diniagakan secara online - Sifu Jamal akan kongsikan cara untuk memilih produk samada dari kepakaran sendiri atau produk yang berada disekeliling kita. Apa yang penting, Sifu Jamal akan kongsikan cara-cara memilih produk dengan keadaan kita yang kekurangan modal atau tiada bajet besar
  • Produk Validation - Produk Validation ni perlu buat untuk kenalpasti samada produk kita mendapat permintaan yang atau tidak di pasaran.
  • Cara Buat Duit Online - Ini part yang paling saya tunggu. Saya nak tahu rahsia yang Sifu Jamal akan kongsikan dalam bab ini. Orang kata part klimaks ada dalam video ni. Affiliate, Dropship, Preorder. Upsss.... saya terlepas pulak....
  • Platform yang sesuai untuk menjual produk di pasaran online - Facebook profile, Whatsapp, Facebook Pages. huhuhu. Saya baru tahu ni
  • Teknik kenalpasti Profile Facebook dan Facebook Pages - Sifu Jamal akan kongsi cara kenalpasti medium menjual samada di profile FB atau Facebook Fan Pages.
  • Mencipta branding walaupun tiada produk - Teknik ini rasanya perlu untuk kita yang berbisnes secara online. Nak bina trust di internet tidak semudah ABC. Kena ada cara yang betul
  • Kemaskini Fan Page - Fan page ibarat kedai. Tuan punya kedai mesti kena hias kedai agar ramai pelanggan yang datang berkunjung. Serupa juga dengan Fan Page. Nak ramai pelanggan, kena rajin hias kedai agar cantik. 
Ada banyak lagi tips-tips yang Sifu Jamal akan kongsikan. Semuanya hanya melalui siri email. Kesemua video yang diberikan ada 11 Video Marketing. 

Kalau nak ikut siri video marketing ini, anda wajib kena buat 3 benda ni.

PERTAMA: pergi ke link ini --> 11 Video Course Cara Marketing untuk Newbie Buat Duit Online
KEDUA: Di dalam laman tersebut, anda tekan butang "KLIK SINI UNTUK TONTON" 
KETIGA: Anda ikut step by step seperti yang tertera dalam borang yang disediakan. Paling penting, gunakan email GMAIL yang sering anda gunakan. 
Sekarang Sifu Jamal dah kongsikan video pertama di dalam email. Saya dah buka video tersebut. Cuma pengenalan dan ta'aruf tentang diri dan apa yang ingin beliau sampaikan dalam course Video marketing ini.

Harapnya, saya dapat belajar sesuatu dari apa yang Sifu Jamal cuba kongsikan. Maklumlah, saya pun kategori Newbie belajar buat duit online juga

Cepat-cepat dapatkan siri 11 Video Marketing ini. Sebab ada kuota yang perlu Sifu Jamal hadkan.

Sekian.



Tuesday, February 21, 2017

Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak yang sedap meleleh
Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak Sedap Meleleh
sumber gambar dari blog Nasi Lemak Lover


Waktu awal-awal pagi selepas selesai menyiapkan kerja-kerja rumah, saya akan duduk sebentar di hadapan TV. Cuba buka cerita yang menarik untuk santapan otak kanan dan kiri ini. Entah kenapa saya otak kanan saya terlintas membayangkan nasi lemak. Bila saya sudah bayangkan nasi lemak, saya terus bayangkan sambal tumis dia yang merah menyala sedap tu.

Orang tua saya pernah bagitau, Nasi Lemak kalau nak tau sedap atau tidak, kuncinyan adalah pada sedapnya sambal tumis nasi lemak itu sendiri. Anggapan saya memang benar. Berpuluh kedai yang saya pergi, jarang sekali saya jumpa nasi lemak yang betul-betul menyelerakan. Suapan pertama sudah gagal sebab sambal tumis terlalu pedas. Ada pula, sambal tumisnya hitam legam sebab dicampur dengan ikan bilis kualiti rendah.

Saya bukan jenis yang cerewet bab makanan. Janji dapat mengenyangkan perut saya, itu sudah memadai. Tetapi tidak adil juga kalau harga yang kita bayar kepada penjual nasi lemak yang menyediakan makanan kategori "ALA KADAR JANJI MASYUKK". Memang kena tempias kepada penjual nasi lemak yang lain pulun mencari menu masakan nasi lemak yang sedap meleleh.


Masa saya sekolah menengah, dan waktu itu arwah mak saya tidak berapa sihat, sayalah yang menjadi tangan dan lidah beliau. Arahan emak untuk memasak semuanya dari atas katil. Saya yang di dapur yang tunggang terbalik memasak. hahaha. Jadi kalau orang tanya saya pandai memasak atau tidak, saya tak segan silu menjawab yang saya memang pandai memasak. Sebab Allah dah bagi ilmu melalui arwah emak kepada saya dahulu.

Jadi saya tak mahu anda buang masa baca cerita saya mula-mula belajar memasak. Saya berikan pandangan saya Rahsia Sambal Tumis Nasi Lemak yang sedap meleleh. Saya rasa mungkin ramai yang orang kita taknak fikir dan buat-buat tak tau. Sedangkan ini adalah kunci yang sesebuah gerai sarapan pagi sibuk tak cukup tangan bila pelanggan beratur panjang.

1. Pemilihan cili kering untuk dikisar

Rata-rata orang melayu kita semberono je beli cili kering yang dah siap terjual di pasaraya. Padahal, cili kering yang dijual itu ada jenis dan kualiti tersendiri. Saya dan suri memang peminat sambal tumis. Cili kering yang dijual biasanya ada 2 kategori, kategori pedas dan kurang pedas. Kita sebagai pembeli boleh kenal mana satu cili kering yang pedas atau tidak. Petua nak kenal cili keras kurang pedas, cili kering tu nak macam berkerinting-kerinting seakan-akan kecut semacam. Berbeza dengan cili kering pedas. Saya guna bahasa kampung dalam entri ini.

2. Peranan air asam jawa dan belacan

Air asam jawa memang memberi kadar kesedapan juga dalam memasak sambal tumis. Saya biasa campur air asam jawa setelah cili pecah minyak dan sudah benar-benar masak. Boleh juga tambah sedikit belacan.

3. Masak sambal tumis mengikut aturan.

Ada sesetengah orang, perkara pertama yang dibuat dahulu untuk memasak sambal tumik nasi lemak adalah masak dahulu cili kisar. Kemudian, baru dimasukkan bawang putih dan bawang merah. Pendapat saya, bawang putih dan bawang merah memainkan peranan juga. Bagi naik bau aroma bawang. Kemudian baru masukkan cili kisar. Cili sudah pecah minyak, masukkan air asam jawa dan garam. Jika dah secukup rasa, masukkan bawang besar diakhir.

Nak campurkan ikan bilis pun boleh juga dalam sambal tumis. Saya biar asingkan sambal tumis dan ikan bilis. Bila di dalam pinggan, baru dikahwinkan ikan bilis bersama sambal tumis.

Itulah serba sedikit pendapat saya dalam bab makanan ni. Suri saya amat teliti dalam bab memasak sambal tumis ni. Sebab kami memang suka. Buat sambal tumis cicah dengan cucur udang pun sedap juga. kan... kan....

Kalau anda yang membaca entri ini seorang peminat sambal tumis nasi lemak, boleh cuba apa yang saya ceritakan. Saya dah londehkan petua yang arwah emak saya jerit dari atas katil ketika saya bertungkus lumus didapur memasak. hehehe.

Sekali lagi saya ingatkan, jangan bayangkan keadaan dapur sewaktu saya memasak tau. Hanya suri hati saya sahaja yang mengenal manikamnya.....


Sunday, February 19, 2017

5 Perkara yang anda wajib tahu tentang Grabcar
5 Perkara Yang Anda Wajib Tahu Tentang GRABCAR


Assalamualaikum, Salam sejahtera....

Saya tidak putus-putus bercerita tentang Grab, satu aplikasi perkongsian kereta antara yang terpopular di Malaysia ni. Pastilah kan, sebab saya adalah seorang Pemandu Grabcar yang paling hensem lagi macho di sekitar Lembah Klang ini, hehehe...

Kalau dahulu, bila sebut pasal Grab ni, pasti dalam kepala kita dah terbayang seorang pemandu teksi lanjut umur sampai di depan kita dengan memandu teksi yang bakal nak diturun enjin lagi sebulan.

Baca cerita saya tentang Buat Duit Dengan Grabcar

Ataupun,

Anda pasti akan terbayang keadaan teksi yang tidak selesa, berbau cagu dan sebagainya. Tidak semua kenderaan teksi yang berkeadaan tidak terurus seperti yang saya bayangkan. Ada juga teksi yang kemas luar dan dalaman. Seperti teksi "baru koyak plastik". Walaupun sudah 3 tahun mencari rezeki di atas jalanraya.

Serupa juga dengan kereta Grabcar ni. Tengok dari luar, nampak kotor semacam. Tapi bila masuk dalam, terasa duduk atas kerusi urut "Rest n Go" tu. Tapi kalau dapat kereta Grab yang kebersihan tidak terurus luar dan dalam, anda pasti rasa menyesal dengan nilai tambang yang anda perlu bayar. Walaupun rata-rata ramai yang tahu yang Grabcar adalah antara aplikasi tempahan kereta termurah di Malaysia ini selain UBER.

Jadi, di entri ini saya sebagai pemandu Grabcar yang hensem ini akan kongsikan dengan anda 5 Perkara yang anda wajib tahu tentang Grabcar. Agar anda tidak keliru dengan servis yang ditawarkan. Tidak perlu ucapkan terima kasih kepada saya atas informasi ini.

1) Grab cuma bertapak di 6 buah negara sahaja

Jika anda nak tahu, Grabcar ni tidak fokuskan perkhidmatan kepada semua negara seperti UBER. Grab cuma bertapak di 6 buah negara iaitu Malaysia, Singapura, Indonesi, Filipina, Thailand dan Vietnam. Kesemua negara ini pula adalah negara yang menganggotai ASEAN. Perasan tak? Saya pun baru perasan.

Negara yang menawarkan perkhidmatan Grabcar

2) Grab menawarkan 3 jenis perkhidmatan di Malaysia

Kalau di Malaysia ni, Grab ada menyediakan 3 jenis perkhidmatan kepada pelanggan iaitu MyTeksi, Grabcar dan Grabhitch. Berbanding dengan negara lain seperti Indonesia, perkhidmatan Grab meluas bukan sahaja menggunakan kerata bahkan turut disediakan motosikal untuk mengambil dan menurunkan penumpang. Tidak percaya, biar gambar yang berbicara. 

Di Malaysia, sudah ada terdengar desas desus yang ada satu aplikasi yang menyediakan perkhidmatan mirip Grabike. Sampaikan SPAD sudah mula turun padang membuat pemantauan.



3) Kadar Tambang GRAB adalah tetap.

Benar dan tepat sekali. Kadar tambang yang dikenakan GRAB adalah tetap. Jika anda membuat tempahan menerusi aplikasi GRAB, anda sudah boleh tahu kadar tambang yang dikenakan oleh GRAB dan bakal diberi kepada pemandu GRAB. Tidak ada unsur penipuan.

Melainkann jika anda mendapati pemandu melakukan penipuan terhadap harga tambang, anda boleh terus menghubungi talian hotline GRAB iaitu 1300-80-5858.

4) Grab menawarkan pelan insentif kepada Pemandu Grab

Pelan insentif yang ditawarkan Grab memang mampu buat sesetengah pemandu tersenyum gembira. Insentih yang diberikan hanya tertumpu di kawasan-kawasan yang terdapat permintaan tinggi dari pelanggan. Insentif pula bergantung kepada jam pemandu tersebut online aplikasi Grab dan sedang menerima tempahan pelanggan.

Semenjak dari mula saya memandu Grab, saya tidak pernah terfikir untuk mendapatkan insentif dari pihak Grab. Tak terkejar saya untuk ikut syarat-syarat dari Grab agar layak menerima insentif. Lagipun, saya perlu ke kawasan yang sibuk dan telah ditetapkan oleh Grab untuk dapatkan insentif. Jadi lebih baik saya fokus di kawasan sekitar kediaman saya sahaja. Janji target saya untuk dapatkan tunai dari pelanggan setiap hari tercapai.

5) Aplikasi Grab menyediakan STAR RATING terhadap GRABCAR DRIVER

Dalam Grab, setiap kali pelanggan telah selesai sampai ke destinasi dan sudah membuat bayaran, pelanggan perlu membuat STAR RATING. Anda berikan undian bintang kepada pemandu Grab yang telah membawa anda. Pemberian bintang ini adalah berupa tahap kepuasan anda sebagai penumpang di atas layanan serta cara pemanduan pemandu Grab.

Berbeza dengan UBER, pemberian STAR Rating adalah secara dua hala. Pemandu UBER boleh beri bintang kepada penumpang dan penumpang juga turut boleh memberi bintang kepada pemandu UBER. Nampak bahawa UBER mengamalkan konsep dua hala dalam perkhidmatan UBER.

Jadi, itulah serba sedikit cerita saya tentang 5 Perkara Wajib Yang Anda Perlu Tahu Tentang GRAB ni. Cerita saya dari pengalaman saya sendiri memandu GRAB dan dalam masa yang sama saya juga memandu UBER. Tidak menjadi kesalahan untuk memandu dengan kedua-dua aplikasi ini. Tengok keadaan. Jika salah satu memberi pulangan yang sedikit lumayan pada hari itu, saya terus gunakan. Jika sebaliknya, saya online dengan aplikasi lain.

Tak tau cara nak daftar sebagai Pemandu Grab sebab takut nanti anda terkontang kanting sorang-sorang sebab tiada ilmu atau pengalaman?

Hmmmm..... Abang Grab sedia membantu. Picit link dibawah ni.

Daftar sebagai Pemandu Grab dan terus buat duit
Semoga memberi input berguna dari semua cerita saya ini. Jangan takut-takut menggunakan perkihdmatan GRAB. Insyaallah pasti SELAMAT.

Sekian

Wednesday, February 8, 2017

Penulisan tidak menggambarkan baik atau buruk sesorang

Assalamualaikum....

Alhamdulillah masih lagi dikurniakan kesihatan yang baik di tahun 2017 ini. Sedar tak sedar, dah melalui bulan Februari 2017 dah kita. Cepat kan masa berlalu.

Bila saya semak dan baca semula kesemua entri saya di blog ini, kebanyakan entri yang saya tulis lebih menjurus kepada Tips dan Panduan. Jarang sekali saya berkongsi entri yang saya mengomel sorang-sorang tentang perjalanan seharian dan kehidupan saya bersama isteri dan anak-anak.

Cuma ada satu sahaja entri yang saya buat. Itupun atas desakan anak sulung saya. Sebab dia nak merasa gambar dia masuk dalam berita katanya. Sengaja saya berseloroh yang gambar dia akan masuk berita mutakhir di internet. Pada hal cuma dimuatnaik di blog saya ni sahaja.

Boleh baca perkongsian saya tentang keindahan Taman Saujana Hijau di Putrajaya.

Entri kali ini cuma saya berbicara kosong sahaja. Lebih kepada berbicara kedai kopi. Kebetulan terlintas di fikiran saya sewaktu pulang dari kerja. Sedang saya duduk berteleku dalam ERL pulang, saya terbaca satu post di Facebook yang boleh dikatakan ayat-ayat yang dikeluarkan mampu membuatkan hati terasa tawar untuk dijadikan calon menantu atau isteri.

Adalah benar saya katakan pada tajuk saya kali ini. Penulisan tidak menggambarkan baik atau buruk seseorang. Kita manusia biasa ini kadang-akdang tidak terlepas dari melalukan kesalahan. Tidak sengaja, itu boleh dimaafkan.

Tetapi,

Jika kesalahan itu diulang kembali, ia bukan bermakna diri itu khilaf. Ungkapan kasar orang Melayu ada berkata...

Cerdik tidak boleh ditunjuk. Bodoh tidak boleh diajar.

Saya kurang pasti samada betul atau tidak ungkapan yang saya maksudkan tetapi itulah seakan-akan bunyinya.

Kadang-kadang, kita dipersembahkan dengan video live atau rakaman video di media sosial, komen-komen pedas yang tidak membayangkan langsung kejelitaan dan kehenseman tuan punya badan. Nafsu tidak puas hati bercampur marah sedang membuak-buak. Jadi, media sosial adalah tempat sesuai untuk meluahkan perasaan. Habis semua ayat ditaip tanpa tapis. Janji hati puas.

Saya cuba baca dari awal penulisan si polan tersebut di dinding mukabuku beliau. Aktiviti skodeng saya tiba-tiba memuncak bila terbaca post beliau. Seperti yang saya katakan. Nampak comel dengan gambar selfie diletakkan di profail gambar. Bertudung siap. Saya kurang pasti kalau gambar tersebut dimanipulasi atau plagiat dari orang lain.

Saya amati ayat yang digunakan. Sungguh tidak padan dengan apa yang saya lihat dengan wajah gambar beliau. Anggapan saya, jari jemari si manis jelita ini sungguh pantas menaip pabila tiba rasa marah. Kelajuan jemari mengalahkan lipas kudung.

Saya bukanlah insan sempurna seperti orang lain. Ada juga kesilapan dan kelemahan sendiri. Sebagai pedoman, saya belajar dari orang lain agar tidak bercerita tentang keburukan orang lain di media sosial khususnya di dinding mukabuku.

Bukan apa, jika benar kesilapan dari insan tersebut. Kita maafkan beliau seikhlas hati. Mungkin itu adalah pengajaran untuk diri kita juga. Mungkin suatu hari nanti, terkena pada batang hidung sendiri, baru datang kesedaran dan keinsafan. Sebab lumrah kehidupan. "Kita buat dekat orang lain, orang lain akan buat pada kita pula".

Menjadi pejuang papan kekunci di zaman serba pantas ini tidak susah. Kita taip sahaja dengan jemari istimewa ini. Sebarkan di media sosial. Jika penulisan kita menarik, sepantas 1 saat sahaja dikongsikan. Kalau benar ia berlaku, itu lain cerita. Ini cerita direka untuk menarik perhatian, kemudian disebarkan. Ya Allah....... DOSA PERCUMA untuk SAHAM NERAKA yang tersedia.

Saya sentiasa mengamalkan konsep SEDERHANA apabila berkongsi di layar internet. Terutama di media sosial. Sebab itu anda jarang melihat post di dinding peribadi mukabuku saya. Sebab saya risau akan kepantasan jemari saya ini sewaktu menaip.

Biarkan sahaja apa orang nak kata. Janji kau puas. Ada masa kita boleh gunapakai istilah ini. Dan ada masa juga kita kena amalkan "Cakap siang pandang-pandang, Cakap Malam dengar-dengar". Kalau orang kampung saya, sungguh pantang dengan orang yang tidak ada budi bahasa. Pasti muka sudah ditapak dengan buku lima. Tapi itu fizikal. Kalau di dunia maya ini, nak ditapak dengan tangan memang tak sampai. hehehe.

Jadi, nasihat untuk diri saya sendiri dan anda yang membaca cerita kedai kopi saya ini,

Berpada-pada dalam menulis. Tidak salah kalau kita bercakap baik, budi bahasa dan sopan santun dalam menulis. Kita kena terapkan budaya positif bila kita menulis. Insyaallah baru hati kita tenteram.
Semoga memberi perangsang kepada anda dan juga diri saya sendiri.

Sekian.

Selamat menyambut perayaan Thaipusam buat rakan-rakan beragama Hindu.

Saturday, January 21, 2017

Buat Duit sebagai Pemandu Grabcar Malaysia
Buat Duit sebagai Pemandu Grabcar Malaysia


Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Buat duit sebagai pemandu Grabcar Malaysia

Mungkin masih ramai yang belum sedar atau tahu tentang Grabcar. Dahulunya lebih dikenali dengan nama MyTeksi. Aplikasi tempahan teksi paling efisyen di Malaysia diawal tahun 2016. Saya sempat menggunakan aplikasi MyTeksi sekali sahaja. Itupun waktu tu saya buat tempahan untuk adik ipar saya yang terdesak untuk pulang ke kampung.

Saya merupakan seorang Pemandu Uber dan dalam masa yang sama, saya juga merupakan seorang pemandu Grabcar. 

Uishhhhhh..... Boleh ke Abang Uber bertukar jadi Abang Grabcar? Tidak menyalahi undang-undang ke?

hmmmmm.... Soalan yang bagus untuk saya kongsikan dalam entri ini. Saya yang bertanya bagi pihak anda, saya juga yang menjawab bagi pihak anda juga. Saya ceritakan habis-habisan dalam ni ye. Anda nak kongsikan apa yang saya tulis ini kepada orang lain, itu terpulang kepada anda. Janji, saya sampaikan apa yang perlu sebagai maklumat tambahan untuk anda semua. Chill

Sebenarnya

Tidak mendatangkan sebarang masalah kepada sesiapa pun untuk daftar 2 aplikasi berbeza dalam satu masa. Sama seperti saya, saya mendaftar sebagai Pemandu UBER seawalnya kerana merasakan UBER adalah lebih mendatangkan lebih manfaat kepada pemandunya. Itu pada awal UBER beroperasi. Terlalu mudah untuk setiap pemandu UBER menerima insentif tambahan dari setiap trip yang selesai.

Nak baca entri saya dapat komisen dari UBER? Klik Sini

Macam biasa, itu adalah marketing strategy. Permulaan untuk tarik pengguna aplikasi UBER untuk bertukar baju kepada Pemandu UBER. Dijanjikan insentif mengikut jam. Saya dah lakukan dan memang berbaloi. Boleh balik awal seawal 5 petang. Cuma buat trip paling dekat. Sekitar Cyberjaya sahaja. Boleh cecah 150 sehari. Itu secara tunai dan tidak termasuk bayaran secara penolakan dari kad kredit.

Saya cerita ni tahun lepas tau...

Antara bulan Julai dan Ogos 2016, UBER sudah tidak menawarkan insentif kepada pemandunya. Cuma fokus kepada SURGING dengan minima 1.1x dikawasan yang mempunyai banyak permintaan (demand). Buat pemandu yang fokus kepada kejar insentif, terus merudum pendapatan dari UBER. Terpaksa kerja kuat untuk dapatkan income yang sama seperti sebelumnya. Keluar awal pagi, pulang sesudah maghrib. Pemandu UBER baru pun semakin hari semakin bertambah. Demand pun Sedang-sedang aje. Kalau yang buat UBER sepenuh masa, garu kepala sudahnya.

Alhamdulillah saya terkecuali sebab saya ada alternatif lain.... hehehehe

Berbeza dengan Grabcar. Grabcar masih lagi menawarkan insentif kepada setiap pemandu yang bersungguh-sungguh selesaikan setiap trip. Orang kata, insentif yang diberikan itu sebagai bonus. Tunai dari pelanggan pun dapat, Insentif dari pihak Grabcar pun dapat. 2 sumber yang sama tapi berbeza. Sudah ramai pemandu UBER yang berhijrah menjadi Pemandu Grabcar. Alasan, Grabcar lebih mesra melayan kerenah pemandu.

Pada saya, alang-alang nak buat duit dengan kereta peribadi anda, daftar sahaja kedua-dua aplikasi UBER dan GRABCAR. Jika anda bosan dengan memandu UBER, anda boleh bertukar kepada pemandu Grabcar. Tapi kena tahu serba sedikit tentang cara nak dapatkan income besar dengan hanya membuat perjalanan yang sikit. Badan pun tak letih dan kereta kita pun boleh jimat penggunaan petrol. 

Nak bermula sebagai pemandu UBER tidak memerlukan modal selain belanja petrol sahaja. Kalau anda ada wang saku cuma lepas untuk belanja petrol, jangan risau. Anda boleh mula memandu tanpa wang saku. hehehe. Saya bermula memandu UBER dengan modal petrol RM20 sahaja. Bila pelanggan buat bayaran kepada saya, saya seawalnya memohon maaf dan beritahu yang saya tidak sediakan wang tukar. Janji mereka faham situasi anda. 

Berbeza dengan Grabcar, anda perlu buat tambah nilai ke dalam ewallet akaun Grabcar terlebih dahulu. Minima RM10. Grabcar akan berikan RM30 percuma untuk anda mulakan perjalanan mengambil penumpang. Daripada RM30, anda cuma boleh gunakan RM15 sahaja. RM15 baki sebagai jumlah baki minimum sebagai syarat.

Itu sahaja serba sedikit penerangan saya tentang permulaan untuk menjadi seorang pemandu Grabcar Malaysia. Salah satu pesaing terhebat buat UBER. 

Sekarang ni, sudah ada satu lagi aplikasi lain yang menjadi pesaing UBER dan GRABCAR. Dipanggil Delicab. Aplikasi dari Malaysia. Saya anggap aplikasi ini HYBRID. Gabungan antara UBER dan GRABCAR. Masih baru lagi. Permintaan pun sekarang sudah boleh tahan. Saya tak cuba lagi. Cuma dalam fasa mendengar cerita dahulu. 

Jika nak menimba pengalaman dengan saya untuk menjadi pemandu GRABCAR dan berkongsi tips-tips tepian saya, boleh terus Whatsapp saya di nombor di bawah. Insyaallah saya cuba beri tunjuk ajar dan kongsi info berguna untuk menjana pendapatan sebagai pemandu Grabcar dan juga UBER. 

Memandu Grabcar ni, tak sama seperti anda memandu UBER. Ada trik dan tips yang boleh kita amalkan untuk kurangkan perjalanan tapi memberi pendapatan yang mampu memuaskan hati. Boleh jimat tenaga dan penggunaan petrol.

Sekian perkongsian saya kali ini. Berjumpa lagi.

Tuesday, January 17, 2017

Komisen Pertama Daftar Pemandu UBER

Assalamualaikum dan salam sejahtera....

Syukur tak terhingga. Rezeki saya di awal tahun 2017 ini. Walaupun tidak sehebat rakan-rakan partner Uber Malaysia yang lain sering mengambil peluang mencari pendapatan sampingan sambil memandu, saya dapat cedok sedikit ilmu dari mereka. Ini adalah yang pertama untuk tahun ini. Tahun yang lepas saya lebih fokus kepada ambil tambang dari penumpang sahaja. Orang kata, SERAMPANG DUA MATA. Sambil memandu UBER, sambil cari rakan untuk sama-sama jadi pemandu UBER di Malaysia jugak.

Saya masih ingat, permulaan UBER nak tarik lebih ramai pemandu, mereka tawarkan jumlah trip yang kecil untuk dapatkan REWARD berupa komisyen. Seingat saya dalam RM300 untuk 15 trip yang dapat diselesaikan oleh pemandu UBER baru. Waktu itu, senyum lebar semua pemandu UBER. Sambil memandu dan mengambil penumpang, sembang-sembang repo tanya khabar, tiba-tiba penumpang berminat untuk jadi pemandu jugak. Terus masuk jarum daftar dibawah referral pemandu tersebut.

Bakal pemandu UBER buat pendaftaran. Isi borang online dan muatnaik segala borang yang perlu. Kad pengenalan, Covernote Insuran dan Lesen memandu semua sudah muatnaik. Esok hari UBER balas email mengatakan akaun driver sudah aktif. Boleh memandu sekarang.

bersusah payah newbie UBER driver baru contact semula driver yang bawa masuk sebelum ini. Telefon tidak diangkat. Bunyi seperti krik.... krik.... krik..... Macam menyesal pulak sebab daftar bawah referral dia. Tiada sebarang tunjuk ajar. Penyudahnya, pemandu UBER newbie baru pun kelaut. Tak tahu macam mana nak mula. Ambil tambang pun hentam kromo. Tak prepare duit tukar siap-siap.

Ini yang memburukkan lagi imej pemandu UBER. Sebenarnya bukan mudah untuk latih dan tunjuk ajar pemandu baru. Tambah pulak secara jarak jauh. Ini yang saya cuba buat untuk beliau tahu cara-cara yang betul sewaktu memandu UBER. Kebanyakan tips yang saya kongsikan adalah melalui Whatsapp. Saya cerita dari A sampai Z ilmu yang saya ada. Tiada selindung-selindung. 

Alhamdulillah, setakat hari ini, mereka yang telah mendaftar sebagai pemandu UBER di bawah referral saya, saya bantu sampai mereka yakin untuk memandu. Segala pertanyaan dari mereka semua saya jawab melalui Whatsapp walaupun saya lambat balas semula pertanyaan mereka. Saya pesan awal-awal. pada mereka.

Anda nak buat duit dengan memandu sebagai pemandu UBER?

Boleh register melalui URL di bawah. Insyaallah, saya akan bantu anda sampai pandai.

Saya Nak Jadi PEMANDU UBER 

Monday, January 9, 2017

Menyamar sebagai Pereka Grafik dengan Software Grafik Suite untuk Newbie
Software Grafik Suite

Assalamualaikum dan salam sejahtera.....

Tahun 2017 ini adalah tahun yang memberi sedikit cabaran buat saya untuk menjadi seorang penulis blog yang kreatif. Kreatif dalam penulisan, kreatif dalam ubahsuai template blog ini, juga kreatif dalam kemahiran grafik. Terus terang saya katakan, saya bukanlah seorang pereka grafik yang hebat. Ramai lagi diluar sana yang lebih arif tentang ilmu grafik ini sehingga menjana pendapatan ribuan ringgit sebulan. Saya masih belum sampai ke tahap itu. Ilmu grafik yang saya ada hanya saya gunakan untuk diri sendiri dan juga blog ini agar tidak ketinggalan zaman.

Saya cerita serba sedikit penglibatan saya dengan bidang grafik ini. 

Pertama, saya mula mengenali perisian Adobe Photoshop 6 tahun yang lepas. Sewaktu itu, versi Adobe Photoshop CS3. Masih saya ingat lagi, saya belajar mahir dengan Photoshop hanya dengan menonton video tutorial di channel Youtube. Kebanyakan tutorial adalah dalam Bahasa Inggeris. Ada juga yang saya beli secara online. Seingat saya, luvley.com ada menjual video tutorial asas penggunakan Photoshop diwaktu itu. 

Selepas saya sedikit mahir dengan ilmu Photoshop, saya cuba berjinak dengan grafik video. Saya terpukau dengan kelebihan pada perisian Sony Vegas Pro sehingga saya sanggup mencari perisian ini yang berupa cetak rompak di internet. Lebih terperinci, saya dapatkan di Piratebay. Cara yang sama, saya belajar tutorial online di Youtube. Hasil kerja tangan saya, saya luahkan untuk Presentation Majlis Perpisahan Pengarah tempat isteri saya bekerja di Jabatan Pendidikan Wilayah Persekutuan Putrajaya. Alhamdulillah, hasil kerja tangan saya diberi tepukan gemuruh sehinggakan Pengarah yang diraikan menitiskan air mata bila menonton persembahan video yang saya reka hasil dari idea isteri saya sendiri.

Tidak berhenti disitu, saya cuba untuk mendalami bidang grafik ini dengan belajar Adobe Illustrator. Saya sebenarnya fokus untuk reka logo blog preibadi saya ini. Memandangkan tool didalam illustrator sedikit memeningkan kepala saya, saya batalkan hasrat dan hanya fokus kepada menggunakan Photoshop sahaja.

Boleh lihat Demo Software Grafik Suite disini

Baru-baru ini, saya jadi sedikit cemburu bila mana Team Info Kerjaya telah melancarkan satu produk diberi nama Software Grafik Suite. Software yang memiliki ciri-ciri 8 Power Tool. Antaranya:
  • FB Fanpage Editor - Cipta Cover Photo Pages anda agar kelihatan menarik seolah-seolah seperti seorang grafik yang mahir yang memberi sentuhan imej cover photo anda.
  • Ebook Editor - Cipta Ebook Cover yang menarik. Cuma drag and drop sahaja tool yang desediakan. Anda boleh setkan paparan ebook tersebut samada dalam bentuk 2D atau 3D
  • Header & Banner Creator - Sebuah website memerlukan penampilan Header dan Banner agar nampak website tersebut lebih menonjol. Gunakan tool ini. Pasti Header dan Banner yang anda hasilkan nanti menawan hati.
  • Sales Pages Editor - Nak buat Sales Pages yang mengancam jiwa dan raga pembeli. Anda boleh suntik grafik yang memukau dengan tool ini. Pasti buat pembeli berlumba-lumba nak membeli hasil dari paparan grafik yang anda hasilkan.
  • Youtube Grafik - Anda ada Channel Youtube dan memiliki ramai follower setia. Ubah penampilan channel Youtube anda. Pasti follower anda akan bertambah lagi lepas ini. 
  • Info Grafik - Nak sebarkan maklumat tentang produk anda, gunakan tool menarik ini untuk ceritakan kelebihan yang ada pada produk atau servis anda.  
  • Video Grafik - Edit Video anda dengan meletakkan timeline Overlay seperti yang biasa anda lihat di saluran TV Berita yang tertera nama pemberita dibawah video. Anda boleh buat dengan tool ini.
  • Offline Grafik - Cantikkan laman jualan anda dengan komponen ini. Bermula dengan grafik untuk headline anda, bullet point, guarantee box, perenggan ayat, button. Semuanya dah siap untuk anda edit dengan mudah. Variasikan template yang telah disediakan dan jadikan ianya milik anda! Semua dah ada :)  

Pada saya, Software Grafik Suite ini sudah memenuhi kehendak saya sebagai seorang newbie ilmu grafik. Mana tahu dengan Software ini, saya boleh bina sebuah web jualan dengan kos paling minima tanpa perlu mengupah orang lain. 



Rasa cemburu pula dengan Software Grafik Suite ini. Mana tidaknya, sudah 5 tahun saya menggunakan perisian Photoshop, baru sekarang muncul software hebat ini. Ada banyak lagi software grafik yang hebat diluar sana, tetapi tidak sehebat Software Grafik Suite dari Team Info Kerjaya ni. 

Jadi lepas ini anda boleh menyamar sebagai Pereka Grafik profesional. Cuma beri sentuhan grafik pada FB pages anda. Bila ditanya siapa yang memberi sentuhan grafik pada FB Pages Cover photo anda, anda berilah jawapan "Akulah yang buat". Dari situ, pasti rakan anda akan minta tolong anda buatkan FB Cover Photo. Anda caj dalam RM30 untuk satu gambar. Nampak kan.

Boleh lihat Demo Software Grafik Suite disini

Buat masa ini, harga bagi Software Grafik Suite ini dibuka pada harga RM100 dalam tempoh 4 hari. Pelancaran Software ini adalah pada hari ini dan harga RM100 akan tamat pada 13 Januari 2017. Selepas itu, harga akan naik menjadi RM120 untuk tempoh 5 hari berikutnya bermula dari 14 Januari hingga 19 Januari 2017. Harga software ini akan kekal pada RM150 bermula dari 20hb Januari seterusnya.

Ringkasannya:

--------
Harga Produk
--------
9 - 13 Januari:
>>RM100 / RM150

14 - 19 Januari:
>>RM120 / RM170

20 Januari ke atas:
RM150 / RM200

Kalau anda nak cuba software ini, saya cadangkan anda ambil peluang sekarang untuk rebut pada harga terawal. Cuma 4 hari sahaja tawaran dibuka. saya sudah dapatkan dan sedang explore cara penggunaan tool yang disediakan.

Moga tahun ini memberi lebih banyak rezeki dari servis yang saya tawarkan.

Aminnnnn......